Friday, April 20, 2012

::-Melentur Buluh, Biar dari Rebungnya-::

Salam hari Sabtu semua,

Seperti biasa, w/pun hri cuti mama akan bgn seawal jam 6am. Dan hari ini le masa untuk mengemas rumah, memasak. Mood pepagi ni ialah mengajar Si abang kecik untuk belajar tidak memakai pampers. Erm, agak mencabar jugak..tp kene diajar juga. Almaklumlah dh berumur 2Y 4M. Sewaktu mama berpantang, pernah juga ajar si abang untuk tidak memakai pamper,tp.. bila dh start keje and tinggal kt nursery agak malas sikit. Bermula hari ini dan insyaallah seterusnya Aqil tidak diajar utk memakai pampers.Tapi bila tidur kena la bagi pakai pampers juga. nanti lebam mama kena bsuh toto.hua2.Dalam masa 5-10 minit akan mama tanya nak kencing ke x...kali yg seterusnya . Kesekian kalinya bila mama ajak ke toilet xmo.Tapi,  lain plak jadinya. Bila dh t'kencing.'Mama2.... air2...'alamak..terkencing juga beliau. Takpa2...dalam mendidik anak2 bayakkan bersabar yer.:-)

Saturday, April 14, 2012

::-My Birthday-::

Tarikh 13 April setiap tahun mmg ditunggu mama. Alhamdulillah, tahun ini bertambah 1 lagi angka. Plak tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat. Kalu nak mik cuti pon mcm rugi jek kan. So, hari itu sungguh bermkna bagi mama.Celebrate awal sikit. Kalu sebelum2  ini ada suprise tgh2 malam,tp bila dah anak 2 ni awalkan sikit. Celebrate kali ni cuma Secret Resepi Cakes n Pizza Hut je. makan2 sambil layan cita Cinta Buat Emelda jek.Awalkan sikit beberapa jam jek.No.Pis le.
Kat Opis plak mama mmg niat untuk ajak member2 lunchh kt Johnny's Alamanda. Sampai sana..hampa sgt2 cz tgh renovate. Terus ajak ke MCD.Erm.nak buat mcm mana kan.Tercapai gak niat.W/Pun mama yg belanja.kih3.
 K.Yatt,Mama,K.Chik, Erlis & Su
                                                     
                                                     Wahida, Azni & Elizia
                                                  K.Yatt aka Otai & Mama 

W/Pun simple..tapi cukup bermakna bagi diri ini.:-)



Tuesday, April 10, 2012

::SpaGeTy Campak2 -::

Assalamualaikum dan selamat bercuti semua sempena Pertabalan YDA.
Hari cuti segini best kalu main masak2. terus terlintas nak masak spaggeti. Senang je. Bahan2 dh ade just campak2 dalam kuali jek!. Best jugak.. Menu senang and simple.

Bahan2
Spaggeti
4 ulas bawang putih & bawang besar ( dipotong dadu)
2 sudu Cili  Giling,
Daging Kisar
Fish cake 
Tomato, Carot dipotong dadu,
Sos Prego

Cara2

1. Tumiskan bawang sehingga kekuningan
2. Masukkan Cili giling,fish cakes,tomato,carot yang dipotong dadu
3. Kemudian masukkan Sos Prego 
4. Lastly, masukkan Daging kisar 
5. Masak bg pekat.
6. Siap dihidangkan bersama limau nipis.




::- Nasi Goreng Thailand-::



Sedap ni...Jom try buat....

NASI GORENG TOMYAM

Bahan2

Nasi 
4 ulas Bawang putih 
4 ulas bawang merah
Pes Tomyam
Fish cakes
Ayam
Udang 
Carot
Sayur sawi

Buat macam mana yek? senang jek!

1. Tumiskan bawang2 sehingga nasik bau..masukkan ayam,fish cakes,carot
2. Masukan pes tomyam ,nasi n sawi
3. Gorng sehingga masak
4 Dalam kuali berasingan gorng telur 1/2 masak 
5. Goreng Udang (perapkan udang dgn serbuk kari ayam)
6. Siap sedang utk dimakan..

Nyummy.....


Monday, April 9, 2012

::- Sweet 6 month-::

Assalamualaikum.

Alhamdulillah esok 10.4.2012 genap baby Lea 6 bulan. Ptg td checkup kt KK Putrajaya. Berat plak 7.9 kg, kene enject plak. xmenangis si comel ini .Batuk dah berkurangan, mujur xdemam.Hari itu demam nak boleh la.Badan  mengesot dh. Esok 1st time nak msak bubur nasi kat Lea. harap dia suka.Now, Lea dh pandai kenal org. Nak mama n abah jek. Si abg plak asyik nak sayang jek. naik rimas si baby.





Sunday, April 8, 2012

:-:Jalan2 Cari Pasal...Eh2...Makan lah- ::

Assalamualaikum

Kejadian 19 Feb yang lalu di Restoran Makanan Cina Muslim Muhd Chan Abdullah..Jom layan Pics di bawah sebelum e3 ditulis :-


Suasana di tingkat atas restoran....

 Antara menu y di oder
budak tecik yg kelaparan...



Sesiapa y belum pernah sampai di restoran ini silalah ke sana. Menu2 mmg best. Ikut selera lah. Sebenarnya, abah yang cdgkan nk celebrate Bufday dia kt sana ritu. celebrate biasa2 je. makan t/hari la katakan.Harganya pong berpatutan. Dok asyik makan masakan melayu je..ce cuba masakan cina plak. Ha.. apa lagi jom  jalan2 cari makan kt sana plk..

 No 30, Jalan Medan Pusat 2c, 
Pusat Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi

Saturday, April 7, 2012

::- INTEGRITI-::

Assalamualaikum,

Berintegriti kat opis selama 2 hari. Alhamdulillah Kursus kali ini amat berguna dan paling best penceramah2 yg di jemput semua berpengalaman. Penceramah dari Unit PIN  KPM, B.KEW.JAKIM & SPRM. Respon2 dr semua peserta mmg bagus loh...(w/pun 1 diri m'handle kursus ini.).Erm..Dimana mereka itu?

Antara ceramah dari Ustz  Jamali dr JAKIM : ' Sedarlah para isteri...dosa kita t'letak di bwh tapak kaki suami. Para suami...berbuatlah baik..didiklah keluargamu menjadi keluarga 'SAKINAH'.Jgn jadi hipokrit.T/Jwb ANDA akan D Tnya D Akhirat nanti....RENUNGKAN LAH SEMUA


  urusetia kursus
Bersama Penceramah dari SPRM

Oppss....ade org tidur lor.... :-)