Thursday, May 26, 2011

::- Hobi-::














Minat lama utk m'baca novel . Dah dtglkan sejak kawen...tp,,,still suka m'baca tau.... koleksi majalah Mingguan Wanita, Pa& Ma, Mastika, Keluarga tiap2 bulan mesti beli. Dari dok sajer2 lebih baik isikan masa dgn m'baca..Dari dulu lgi sblm tidur mama kena baca dulu. Baru ler leh tidur. Masa bujang2 dulu tiap2 bulan 2buah novel mama beli. Mama suka novel hasil dr Anis Ayuni,Aina Emir,Aisya Sofea, Damya Hanna...best2 novel dorang...Korang pun try baca novel2 novelis ni...



Ha......skrng mama tgh baca novel niiii......







Cinta Usah Dinanti ( ***)
Aimi Husna
Harga: RM 19.90















Aina menghadapi pelbagai konflik peribadi dan dan membiarkan hidupnya hanyut dalam dunia khayalan. Dia meminati insan yang mustahil untuk dimiliki, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat mengatasinya. Fasa kehidupannya berubah dengan takdir yang mendatang, lalu menjelmakan dirinya yang lain. Doa memakan diri, namun musibah yang menimpa membuatkan kehidupannya lebih bererti.

Budi, lelaki yang didambakan hadir jua di depan mata walaupun bukan untuk bertakhta di jiwa selamanya. Allah Maha Mendengar kerana mewujudkan pertemuan itu meskipun tidak semanis impiannya. Tamrin, dia hanya rakan sepermainan namun rupa-rupanya terpahat sebuah ikatan yang tidak pernah dirancang. Mereka mangsa keadaan lalu bibit-bibit percintaan tercetus dalam diam. Aina pasrah menerima ketentuan. Demikian kehidupan, tiada yang mustahil akan terjadi jika sudah ditakdirkan. Sebagai insan yang ada rasa cinta, kecapilah kebahagiaan yang masih tersisa dengan sepenuh jiwa agar hidup lebih sempurna.

Novel Ke- 2.














Cintamu Nadiku
Norzailina Nordin
Harga: RM 19.90 (****)




ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?









........ Apasalahnya kita habiskan masa kita dengan membaca.......




Sekian.....

No comments:

Post a Comment