Thursday, June 2, 2011

::- SUNGGUH AKU CINTA-::

Memang benar ' Sungguh Ku Cinta Dia' x terungkap dengan kata2. Di setiap detik dan ketika.

Walaweh....nape mama jiwang semacam tgh2 hari ni..Ngantuk sgt la ni.. Semalam ke Alamanda dgn member2 opis. Dah plan nak singgah MPH. Member2 mama terus ke Rasa untuk lunch. Tapi mama terus ke MPH cdg nak carik 1 novel utk mama & story book kt AA. tapi last2 mama dah capai 2 buah novel utk mama jerk....Tuk AA mybe S2 ni baru carik..Ha,....ni dia novel yang mama dah beli...satu jerk dulu tempek...baru novel lagi 1 yek...baru 1/2 baca....kali ni Karya ANIS AYUNI.... Secantik namanya... Sungguh Aku Cinta- Anis Ayuni

Harga: RM 19.90

Sinopsis

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai. Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya. Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi. Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

No comments:

Post a Comment